Di Malaysia filem akan selamanya dianggap sebagai medium hiburan. Noktah. Tidak peduli betapa tinggi semangat dan idea para graduan filem ( yang poyo dan optimis seperti aku) untuk mengubah kenyataan celaka ini, ianya pasti hancur dan musnah sebaik sahaja terpaksa berdepan dengan realiti bahawa majoriti penonton di Malaysia ini tidak akan berubah tebiatnya dari anggapan tersebut.
Mereka mahukan filem-filem eskapis. Filem yang boleh mereka terbang bersama hero, atau menikmati cebisan khayalan romantis antara hero dan heroin, atau meminjam kegagahan dan anti-mati watak utama serta tempat dimana para penonton menyeksa diri dengan membiarkan diri mereka ditakutkan oleh hantu,zombi atau pembunuh bersiri gila bertopeng yang kehausan darah bagi menikmati desakan sadomasochis yang terpendam di dalam Id mereka.
Panggung wayang di Malaysia tidak akan berubah fungsinya dari menjadi sebahagian plan temu janji bagi pemuda dan pemudi untuk memadu kasih dan membasahkan jari. Juga panggung wayang adalah tempat dimana majoriti penonton di Malaysia mahu menikmati sedikit magis di dalam kehidupan bitter kolar biru/kolar putih mereka.
Itulah panggung wayang di Malaysia. Bukan di Malaysia sahaja malahan di kebanyakan panggung di muka bumi ini. Dan menjadi tanggung jawab para pembikin filem untuk tunduk desakan permintaan penonton lalu menawarkan pula filem-filem yang memenuhi tuntutan selera penonton ini. Proses penawaran dan permintaan berlaku di dalam suanana yang oraganis.
***
Aku sebagai seorang yang amat percayakan kepada kebebasan individu tidak pernah terniat untuk menukar persepsi majoriti penonton ini. Malah aku raikan. Setiap manusia berhak untuk menikmati keseronokan dan kegembiraan di dalam hidup mereka dan sekiranya panggung wayang mampu memberi mereka perkara-perkara yang hedonis sebegitu, aku akan selamanya menghormati pilihan-pilihan mereka walau secara peribadi aku memilih untuk tidak bersama majoriti mereka.
Itulah konsepnya. Kekal sebagai minoriti tetapi tidak mendiskriminasikan atau prejudis terhadap pilihan-pilihan majoriti.
Adalah merupakan satu jenayah mendiskriminasikan penonton dan pembikin filem-filem komersial/mainstream yang tunduk kepada hukum permintaan dan penawaran ini.
Bagi minoriti yang sudah melalui pencerahan di IPTA/IPTS atau melalui kesedaran dan pencerahan budaya filem. Perjuangan untuk menghasilkan dan menonton filem-filem yang menyimpang dari arus perdana haruslah diteruskan secara aktif. Kerja seni bukan untuk dipaksa-paksa. Lagipun kita percaya bahawa filem yang harus mencari khalayak bukan khalayak yang mencari filem bukan?