Monday, March 14, 2011

12 hingga 12.

Hari ini aku bangun agak lewat. Pukul 12 tengah hari. Bangun dan aku menyumpah diri kerana aku kesiangan. Seperti biasa, cadangnya sebelum tidur aku mahu bangun awal. Ada perkara-perkara yang melibatkan kertas yang perlu aku selesaikan. Perlu fotostat dan kemudian perlu dapatkan cop dan tanda tangan dari mana-mana pegawai kerajaan Gred A.

Ini memang kerja renyah. Tapi ini adalah inisiatif aku untuk keluar dari kepompong penduduk miskin tegar Malaysia. Aku perlu dapatkan kerja di sebuah badan yang menyelia aktiviti perfileman di Malaysia.

Belum tentu aku dapat. Tapi lebih baik mencuba. Dan fuck yeah, aku punya kelulusan dan pengetahuan yang aku tahu aku memang patut dapat jawatan kerja tersebut.

Aku kejut Y yang aku tahu masih tidur, kemudiannya terus bergegas mandi dan bersiap. Keluar rumah cuaca agak mendung dan suram. Hidupkan enjin kereta, Aku nampak titisan air mula membentuk titik-titik kecil di cermin hadapan kereta.

yes. Hujan.

Dalam kekalutan hujan, aku hanya sempat untuk fotostat kertas-kertas aku sahaja. Kemudian aku dan Y menuju ke The Curve untuk makan dan berlibur.

*
Di Curve, aku dan Y bertelagah tempat makan. Aku nak ke situ dan Y nak ke sinun. Akhirnya dua-dua end up berhenti di hadapan Manhattan. Oleh itu, makanan tengah hari kami adalah Manhattan.

Grill Platters.

Ok lah.

*

2 Jam aku habiskan masa di bilik karaoke selepas tiada filem yang menarik untuk ditonton.

*
Malamnya aku dan Y ditemani sepasang couple, minum minum di Laundry.

Sampai rumah dalam pukul 12.00 tengah malam.

*

Pegang kibod. Dan mulakan kerja.