Baru-baru ini aku membuat keputusan untuk kembali serius menulis. Keadaan menjadi agak sukar. Sudah agak lama tidak mengadap skrin PC dan memuntahkan idea-idea sublime secara autopilot.
Tak. Aku tipu. Dulu bukan autopilot. Ada serum lain yang mengalir dalam vena darah aku. Mungkin kebergantungan aku terhadap ilham intosikasi telah begitu menjadi rutin sehingga ketiadaan bahan itu menyebabkan aku termanggu-manggu.
Kewarasan bukan sesuatu yang diperlukan untuk menulis sesuatu yang fiksyen. Idea yang mampu menerjah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Dan untuk itu perlu bahan,Tapi sekarang bukan boleh diikutkan sangat. Sepinggan nasi berharga lebih kurang 6 hingga 7 ringgit. Dimanakah lojiknya sekiranya aku yang tidak mempunyai pendapatan tetap, kasta paling bawah dalam sistem kelas, membelanjakan duit aku yang begitu berharga untuk sesuatu yang tidak bukan keperluan.
Celaka. Situasi ini sangat-sangat menyukarkan aku.
Aku perlu mendapatkan sedikit sumber. Satu-satunya bakat aku. Satu-satunya kemampuan aku adalah menulis. Oleh itu, aku perlu lebih serius ke situ.
Dan biasanya apabila aku ingin serius, ironinya, ianya akan menjadi sesuatu yang kelakar.
Seperti aku sudah mula serius untuk menulis skrip drama.
Yup, drama.
Kelakar kan?
Tak?