Kelihatannya Dia semakin memahami diri aku.
Sudah tidak banyak merengek. Merungut atau melepaskan kata-kata yang mungkin menjadi punca untuk berkonfrontasi. Kini dia lebih banyak tersenyum. Ketawa dan sekiranya aku bersungut dan tidak terkawal, dia mengambil sikap untuk berdiam diri.
Aku termalu sendiri.
Tetapi yang lebih tepat lagi membimbangkan.
Perkara-perkara yang berubah kadangkala menakutkan?
Betul tak?
***