Sunday, October 4, 2009

Villain

Satu teori dari psikologi mengatakan bahawa terdapat seekor monster,( monster bukan babi) dalam diri manusia. Yup, betul lah tu! Psikoanalisis. Id. Freud. Atau untuk lebih mudah faham, dalam diri setiap manusia ada rubah berekor sembilan macam Naruto.

Kejahatan secara semulajadinya ada dalam diri manusia. Sifat paling primitif dalam diri manusia adalah 'kejahatan'. Sifat yang diwarisi dari Qabil yang menghentak kepala Habil dengan batu sampai mati kerana berebutkan adiknya yang lebih cun. Itu sifat manusia secara semulajadi.

Tak perlu jadi Siti Nurhaliza, atau Jonas Brother. Manusia memang jahat. Manusia yang paling memahami kejahatan manusia ini adalah Comedian, dalam Watchmen. Juga Roscharch. Oleh itu satu-satunya cara untuk menangani manusia adalah juga dengan kejahatan.

Kah Kah Kah Propaganda! Aku buat lawak.

Apa yang aku hendak merepek adalah aku mahu berkongsi kecenderungan aku untuk bersekongkol dengan watak-watak villain di dalam filem,komik, buku, etc. Aku pada awalnya tidak tahu kenapa aku lebih menyokong Joker dari Batman,( walaupun yeah, siapa yang sokong Batman betul tak?) atau kenapa aku lebih memihak kepada Sith, Bezita, Tarabas, Tong Po, Awang Liku, Mahmud June, Jason serta Freddy Krueger.

Dan aku akan kecewa kerana mereka ini akhirnya mati atau kalah di tangan hero. Walaupun itu telah aku jangka.

Id aku menyokong mereka.