Friday, October 9, 2009

Coretan Bawah Sedar 1

Ada orang sukakan idea-idea besar. Mencari kelainan. Tidak mahu atau menolak sesuatu yang klise atau stereotaip. Kononnya mahu sesuatu yang baru. Tetapi ironinya, apa yang mereka fikirkan, lakukan atau hasilkan adalah tetap perkara-perkara yang klise dan biasa.

Bagi aku tak perlu difikirkan sangat untuk mencipta perkara-perkara yang baru. Atau yang tak pernah dibuat dek orang. Biarlah orang kata tak berparadigma pun. Ini kerana sesuatu yang baru itu dengan semulajadinya akan tercetus dari perkara-perkara biasa dan remeh yang berlaku di sekeliling kita.

Ini kerana kita perlu lepasi tahap 'biasa' ini terlebih dahulu. Apabila kita benar-benar faham akan nilai dan erti kebiasaan itu barulah sesuatu yang luar biasa itu akan terhasil. Sekiranya tidak, kita hanya mampu menghasilkan sesuatu yang baru tanpa 'sedar ( alert) bahawa perkara itu sudahpun dilakukan oleh orang lain sejak berabad,berdekad malah berkurun yang lepas.

Seperti aku. Aku sukakan perkara-perkara kecil dan perkara-perkara yang biasa (ordinary things). Aku sukakan kehidupan rigid. Aku suka terhadap perkara-perkara yang orang lain anggap membosankan kerana terlalu biasa hingga mereka menganggapnya sebagai tidak mempunyai signifikan apa-apa. Itu salah. Kebiasaan itulah yang paling besar signifikannya terhadap diri kita. Tetapi jarang kita hargai.

Untuk memahami perkara ini mudah.

Apabila kita sudah terbiasa lakukan sesuatu perkara, kita tidak akan rasa pentingnya perkara tersebut sehinggalah kita tidak melakukannya lagi .