Muka surat baru telah bermula. Aku akan menghabiskan 6 bulan pada tahun ini dengan menghadap PC. Menulis dan menulis. Dan aku seronok dengan situasi sekarang. Cuma tengah cuba memanaskan jari untuk mendera keyboard wireless brand ACER yang menanti seperti si gadis menanti suami di malam pertama untuk digomoli oleh jemari aku.
Sebut tentang jari.
"Uuh, bangkit jemari ku, dimana kehebatan mu dulu?"
Dahulu ramai gadis-gadis yang memuji kehebatan jemariku ku yang tirus di hujung namun bunting gebu di tengah. Ouch, Sudah tentu kehebatan itu bukan untuk keyboard. Tapi itu dulu. 3-4 tahun yang lalu. Cerita lama.
Sekarang bukan sahaja aku terpaksa deal dengan jari jemari aku yang dah kematu ini, malahan dengan kepala otak aku yang entah kenapa seperti membeku.
Ini paling bahaya, sudah agak lama aku didalam keadaan tersumbat begini.Mungkin aku perlu lebih... lebih... lebih ...
lebih apa aku tak tahu. Harap ada sesiapa di langit yang turun memberi ilham.
Pathetic.
Rasanya aku sudah patut untuk membuat jadual peribadi aku supaya masa tidak terbuang sia-sia. Banyak perkara yang aku hendak lakukan sehingga rasanya 24 jam itu tidak cukup. Mungkin aku boleh mulakan dengan menulis perkara-perkara yang remeh dahulu...contohnya ya, seperti menulis blog ni.
Di mana aku akan bercerita tentang aku. Tentang diri aku. Tentang apa yang pernah berlaku dalam hidup aku. Dan tentang orang-orang, binatang-binatang, pokok-pokok, dan segala benda yang ada di dalam dunia ini yang memberi kesan dan ada hubung kait dengan diri aku.
Ah semak. Macam tompok-tompok awan. Berselerak apa yang sedang aku fikirkan sekarang ini. Jika kamu baca apa yang aku tulis dari atas ke bawah ini sudah pasti kamu akan nampak bahawa apa yang aku tulis ini seperti tiada kena mengena tetapi inilah keadaan aku sekarang, refleksi apa yang ada di dalam kepala aku. Aku sedang memikirkan sesuatu tetapi mungkin kerana terlalu banyak benda yang aku fikirkan sehingga aku tidak mampu untuk mengeluarkannya walau satu apapun secara jelas.
Celaka.
Sudah sampai waktunya untuk aku memegang tetikus dan mengklik menu publish post.
Damn, aku rindu Bakaran Kata, aku rindu Hemlock Sechewen