Monday, September 28, 2009

Muse

Kelihatannya Dia semakin memahami diri aku.

Sudah tidak banyak merengek. Merungut atau melepaskan kata-kata yang mungkin menjadi punca untuk berkonfrontasi. Kini dia lebih banyak tersenyum. Ketawa dan sekiranya aku bersungut dan tidak terkawal, dia mengambil sikap untuk berdiam diri.

Aku termalu sendiri.

Tetapi yang lebih tepat lagi membimbangkan.

Perkara-perkara yang berubah kadangkala menakutkan?

Betul tak?

***

neurosis

Baru-baru ini aku membuat keputusan untuk kembali serius menulis. Keadaan menjadi agak sukar. Sudah agak lama tidak mengadap skrin PC dan memuntahkan idea-idea sublime secara autopilot.

Tak. Aku tipu. Dulu bukan autopilot. Ada serum lain yang mengalir dalam vena darah aku. Mungkin kebergantungan aku terhadap ilham intosikasi telah begitu menjadi rutin sehingga ketiadaan bahan itu menyebabkan aku termanggu-manggu.

Kewarasan bukan sesuatu yang diperlukan untuk menulis sesuatu yang fiksyen. Idea yang mampu menerjah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Dan untuk itu perlu bahan,Tapi sekarang bukan boleh diikutkan sangat. Sepinggan nasi berharga lebih kurang 6 hingga 7 ringgit. Dimanakah lojiknya sekiranya aku yang tidak mempunyai pendapatan tetap, kasta paling bawah dalam sistem kelas, membelanjakan duit aku yang begitu berharga untuk sesuatu yang tidak bukan keperluan.

Celaka. Situasi ini sangat-sangat menyukarkan aku.

Aku perlu mendapatkan sedikit sumber. Satu-satunya bakat aku. Satu-satunya kemampuan aku adalah menulis. Oleh itu, aku perlu lebih serius ke situ.

Dan biasanya apabila aku ingin serius, ironinya, ianya akan menjadi sesuatu yang kelakar.

Seperti aku sudah mula serius untuk menulis skrip drama.

Yup, drama.

Kelakar kan?

Tak?

Saturday, September 12, 2009

langue

" Filem kau sesat. Tak ada bahasa filem. Langgar nahu filem."

" Ok, aku berdosa. Bagi tau aku macamana nak tahu pasal bahasa filem ni. Ada buku? Siapa? Christian Metz?"

" Tak payah baca buku."

" Habis tu..."

" Dia datang sendiri."

" Pulak dah... kalau aku buat ikut hati aku, kau kata aku tak ikut bahasa filem."

" Kau kena tengok banyak filem. Kau akan perasan."

" hahaha."

***

Aku tengah studi Film Language. Christian Metz. hurmm...

Wednesday, September 9, 2009

Mein Kampf Hitler Malaya

Esok aku jumpa Hitler...

Bukan Hitler yang itu. Ini Hitler tak cakap German.
Ini Hitler cakap Perak.