Saturday, April 24, 2010

Prasedar

Sudah agak lama aku di dalam keadaan tersumbat dan tepu ini. Beberapa kali aku cuba untuk menulis tetapi apa yang aku keluarkan hanyalah sampah sarap dalam pemikiran aku. Penulisan yang tidak mempunyai soul, tiada feeling. Kalau berterusan begini mungkin aku perlu fikirkan kembali relevan atau tidak aku menggelar diri aku sebagai seorang penulis.

Ini kerana kerja seorang penulis adalah menulis dan kalau tidak menulis dan hanya termenung sahaja, baik aku gelarkan diri aku sebagai useless.

Bercadang untuk pulang ke rumah, ke kampung halaman aku untuk merehatkan otak aku yang berserabut ini. Masalah yang terbesar adalah aku tidak pasti apa yang aku serabutkan dalam kepala otak aku ini. Kekusutan yang tidak tahu punca pangkalnya.

Cuma kadang-kadang aku tidak tenteram dan tidak senang duduk. Ada sahaja yang tidak kena dimana-mana. Aku pasang TV dan berakhir dengan TV yang melihat aku. Aku turun ke kedai mamak bawah rumah aku tanpa sebab yang jelas dan betul kerana aku tidak lapar dan tidak juga dahaga, oleh itu apakah nerakanya aku ke kedai mamak tersebut?

Ini biasanya berakhir dengan kerugian dari sudut ekonomi aku yang sememangnya tidak stabil apabila aku terpaksa mengorder teh ais dan roti canai yang sebenarnya tidak diperlukan oleh aku dan tidak juga diperlukan oleh nafsu makan aku.

RM 1.60 untuk teh ais dan RM 1 untuk roti kosong bersamaan dengan RM2.60 duit aku yang sepatutnya aku harus gunakan dalam keadaan super bajet.

Tahi sungguh.

Dan yang paling biol adalah apabila aku mula lakukan kerja bodoh dengan menghidupkan enjin Wira ehsan Sang Kekasih dan mula merayap tanpa hala tuju. Bahan bakar yang digunakan untuk menggerakkan wira tersebut terbakar sia-sia. Aku menipiskan ozon dengan asapnya tanpa sebab. Dan yang paling bodoh adalah aku hanya merugikan RM20 untuk RON97 di Shell yang tidak memberi makna apa-apa selaind aku seperti mahu terasa sibuk dan melakukan sesuatu.

Aku semakin parah. Mungkin masanya untuk berehat tanpa memikirkan apa-apa.




Monday, February 8, 2010

Pasifis filem

Di Malaysia filem akan selamanya dianggap sebagai medium hiburan. Noktah. Tidak peduli betapa tinggi semangat dan idea para graduan filem ( yang poyo dan optimis seperti aku) untuk mengubah kenyataan celaka ini, ianya pasti hancur dan musnah sebaik sahaja terpaksa berdepan dengan realiti bahawa majoriti penonton di Malaysia ini tidak akan berubah tebiatnya dari anggapan tersebut.

Mereka mahukan filem-filem eskapis. Filem yang boleh mereka terbang bersama hero, atau menikmati cebisan khayalan romantis antara hero dan heroin, atau meminjam kegagahan dan anti-mati watak utama serta tempat dimana para penonton menyeksa diri dengan membiarkan diri mereka ditakutkan oleh hantu,zombi atau pembunuh bersiri gila bertopeng yang kehausan darah bagi menikmati desakan sadomasochis yang terpendam di dalam Id mereka.

Panggung wayang di Malaysia tidak akan berubah fungsinya dari menjadi sebahagian plan temu janji bagi pemuda dan pemudi untuk memadu kasih dan membasahkan jari. Juga panggung wayang adalah tempat dimana majoriti penonton di Malaysia mahu menikmati sedikit magis di dalam kehidupan bitter kolar biru/kolar putih mereka.

Itulah panggung wayang di Malaysia. Bukan di Malaysia sahaja malahan di kebanyakan panggung di muka bumi ini. Dan menjadi tanggung jawab para pembikin filem untuk tunduk desakan permintaan penonton lalu menawarkan pula filem-filem yang memenuhi tuntutan selera penonton ini. Proses penawaran dan permintaan berlaku di dalam suanana yang oraganis.

***

Aku sebagai seorang yang amat percayakan kepada kebebasan individu tidak pernah terniat untuk menukar persepsi majoriti penonton ini. Malah aku raikan. Setiap manusia berhak untuk menikmati keseronokan dan kegembiraan di dalam hidup mereka dan sekiranya panggung wayang mampu memberi mereka perkara-perkara yang hedonis sebegitu, aku akan selamanya menghormati pilihan-pilihan mereka walau secara peribadi aku memilih untuk tidak bersama majoriti mereka.

Itulah konsepnya. Kekal sebagai minoriti tetapi tidak mendiskriminasikan atau prejudis terhadap pilihan-pilihan majoriti.

Adalah merupakan satu jenayah mendiskriminasikan penonton dan pembikin filem-filem komersial/mainstream yang tunduk kepada hukum permintaan dan penawaran ini.

Bagi minoriti yang sudah melalui pencerahan di IPTA/IPTS atau melalui kesedaran dan pencerahan budaya filem. Perjuangan untuk menghasilkan dan menonton filem-filem yang menyimpang dari arus perdana haruslah diteruskan secara aktif. Kerja seni bukan untuk dipaksa-paksa. Lagipun kita percaya bahawa filem yang harus mencari khalayak bukan khalayak yang mencari filem bukan?

Wednesday, February 3, 2010

The Order of Pak Halim

Kalau di kolej, join grup-grup frat adalah menjadi satu budaya atau perkara wajib atau setidaknya menjadi satu perkara yang diimpikan oleh budak-budak kolej ( yang perasan mau jadi cool). Menyertai kumpulan-kumpulan frat (konon) ini sebahagian daripada budaya kolej. Budaya dari mana aku tidak tahu... tetapi kau tidak akan menjadi seorang pelajar kolej yang cool kalau kau tidak join frat.

Dan aku tidak terlepas. Frat aku dikenali sebagai The Order of Pak Halim yang akan bertandang pekena teh tarik sambil mengutuk rakan pelajar lain yang tidak sealiran dengan pemikiran aku dan brah aku. Dan sesi kutuk mengutuk ini kebiasaannya akan disertai dengan hirupan soto dan laksa yang dijual oleh Mak Halim.

Terdapat satu syarat-syarat wajib untuk menjadi ahli frat aku ini, diantaranya adalah ;

1. Berikrar bahawa masa bukanlah sesuatu yang berharga dan menghabiskan masa di Kedai Pak Halim adalah satu ritrual yang mulia.

2. harus konsum sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu menu paling special di kedai Pak Halim iaitu Nasi Kecoi - Nasi ini adalah nasi putih + ayam goreng kunyit sebenarnya, tetapi cara di perhidangkan menu itu adalah agak unik. Di dalam mangkuk dan diletakkan sekali nasi dan ayam goreng kunyit itu tadi. Selain itu, nasi Kecoi ini adalah diinspirasikan oleh seorang pelajar senior yang bernama Kecoi.

3. Harus bersedia untuk membayar harga yang agak mahal yang dijual di kedai Pak Halim.

4. Menganggap Pak Halim sebagai satu entiti penting di Puncak Perdana yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk kelestarian kehidupan.

Dan...



Haha Bullshit. Aku tipu. Mana ada frat hendak menggunakan nama yang setolol ini. The Order of Pak Halium? haha bullshit. Pak Halim orang kuat PAS, dia takkan benarkan segala kumpulan-kumpulan bidaah menggunakan namanya untuk menjadi nama sebuah kumpulan fraterniti yang seakan-akan kumpulan masonic.

Ahh..dah lama tak lepak kedai Pak Halim. :)

Tuesday, February 2, 2010

Boho!

The Major Film Theories oleh J. Dudley Andrew yang dipinjam oleh seorang kawan yang anarki tidak dipulang-pulang lagi. Tak penting pun sebenarnya. Buku tu just for an introduction. Tentang teori-teori filem.

Buku teori one-oh-one. Tapi buku intro ni lah yang penting untuk tidak sesat jalan semasa mengkritisisma sesebuah filem. Baru tidak memandai-mandai memetik nama Bazin dalam filem Luis Bunuel (contohnya). Buku ni asas ( salah satu buku paling asas dan yang paling mudah untuk faham...dan of course, buku ini tidaklah lengkap-selengkapnya) yang boleh budak-budak filem Uitm dapat di library PTAR yang menyedihkan itu.

Apa yang aku nak mention kat sini bukan tentang buku itu. Apa yang aku nak mention adalah untuk kau, kawan anarki aku. Aku tau kau baca blog aku ni. Pulangkan buku tu wei. Dah lebih seminggu ni. Siapa nak bayar duit denda. Ish..

***

"Rule #1 for surviving in Zombieland, CARDIO. When the virus struck, for obvious reasons, the first ones to go were the fatties. Poor fat bastards."

- Columbus (Jesse Esenberg), Zombieland

Columbus untuk hidup dan tidak menjadi santapan para Zombi di Unites States of Zombilenad haruslah sentiasa mengekalkan kecergasan kardiovaskularnya. Yang gemuk akan tidak fit. Tidak cergas. Lari lambat. Kalau dapat berlari pun, mengah selepas itu.

Dan dengan mudah diratah oleh Zombie.

Di Malaysia yang juga dikenali sebagai The Very Enigmatic Zombie Asian Country , Kardio tak penting. Yang penting adalah kolestrol. Terbalik bukan?

Anyway, untuk mengekalkan kelestarian kemanusiaan aku. Rule#1 Columbus ini akan aku praktiskan mulai petang ini.

Steady!

Thursday, January 28, 2010

Pero(h)nanian

Biasanya aku cuba untuk menonton filem seperti penonton biasa. Enjoy pada cerita tanpa memikirkan sangat apa-ke-jadah-lancau yang terdapat di dalam filem tersebut. Tetapi, celakanya... tak boleh... betul kata Razak (prof. Madya) once kau dah belajar filem, kau dah tak dapat menikmati filem seperti mana yang penonton biasa alami.

Minda separa sedar aku dengan ligat sentiasa berusaha melihat aspek-aspek sinematografi, perlambangan, tanda dan petanda (what so ever), falsafah (boo hoo) dan gatal-gatal cuba mengunyah elemen-elemen sinematik, pendek kata sentiasa mencuba untuk berkritis pada visual-visual yang sedang aku tonton.

Hilang sudah kenikmatan menggunakan filem sebagai satu bentuk eskapism. Masa ni lah aku cuba related teori-teori filem kontemporari yang telah dan sedang aku cuba fahami.

Yup, kenikmatan dunia yang satu ini telah hilang, tetapi kenikmatan (perlancapan) intelektual yang berlaku mejadi satu kenikmatan yang baru.

***

Tidak cool sebenarnya mempunyai lilitan pinggang 38 CM. Aku tak sedar entah bila berat badan aku sudah mencecah 80 kg. Ini perkara serius...

Kejap lagi perlu jogging. Amalkan gaya hidup sihat. Atau beli sahaja formula Dr Rozmey...Romzi...whatever lah nama Dr Diet ni....dengar cerita ramai makcik-makcik kat Kedah tu yang dah jadi kurus.

Nak cuba tapi rambut dia macam hell. Terus tak jadi beli.

Haha.

Wednesday, January 27, 2010

Eksistensi Kabur

Barulah aku sedar kenapa selama ini aku terasa seperti aku ada sesuatu yang blur dalam hidup aku. Kabur dan berkabus.

Aku hidup dalam denial. Aku menafikan satu chapter penting dalam hidup aku yang dengan sengaja aku buang dan aku hilangkan dalam kepala otak aku. Aku wujudkan satu wilayah seakan-akan segitiga Bermuda di dalam subconcious mind aku yang bertindak seperti vakum menyedut dan menghilangkan apa sahaja perkara yang dah berlaku dalam hidup aku dahulu.

Ada chapter-chapter bangsat dan celaka yang sangat mencederakan diri aku yang aku lupakan. Da yang dengan secara sengaja aku deny.

Kesannya, aku seolah-olah terpacul di dunia ini 5 atau 6 tahun lepas secara otomatis. Segala apa yang berlaku sebelum itu aku lupakan. Mekanisme beladiri aku bertindak supaya aku deny semua peristiwa yang berlaku sebelum itu.

Salah. Betapa pahit dan kelat pun masa lampau. aku tidak seharusnya buang.

Perkara-perkara itu adalah satu kebodohan zaman pra-puberti/puberti yang sudah boleh diketawakan. Dan sememangnya aku sudah mula mengingati perkara-perkara lampau itu dengan ketawa.

Suatu masa dahulu perkataan 'bodoh' itu memang sesuai untuk aku. Dan aku menyedarinya sambil ketawa sekarang ini.

:).

Sunday, January 24, 2010

Tak Reti Bahasa (filem)

Semakin banyak yang aku baca dan tahu tentang filem ( di dalam konteks ini teori-teori filem) aku semakin sukar untuk membuat sebarang bentuk kritikan terhadap sesebuah filem. Bukan sahaja kritikan malahan untuk membuat ulasan pun aku rasakan sudah amat payah.

Ini kerana semakin aku mengakaji ilmu-ilmu filem semakin aku bertemu betapa berserabut dan berkecamuknya permasalahan-permasalahan di antara teori-teori filem yang telah dianjurkan. Hinggakan baru aku sedar bahawa hei-semua-ini-macam bangsat dam memeningkan kepala. Lagi aku baca lagi banyak perkara yang perlu aku baca dan baca dan akhirnya aku telah meninggalkan keistimewaan filem sebagai filem itu sendiri dan mula mempelajari teori-teori dari lapangan keilmuan dari bidang asing seperti sastera, psikologi,sosioloji dan linguistik yang cuba diterapkan ke dalam filem.

Contoh mudah seperti semiotik, psikoanalisis, feminism,marxist, teori autur dan berbagai lagi teori-teori yang cuba diangkut dan dibawa ke dalam pengajian filem. Aku baca dan apa yang aku temui hanyalah sesuatu yang bermasalah. Ada diantara teori-teori ini cumalah satu bentuk gagasan dan anjuran contohnya Christian Metz dengan semioticsnya dan apabila gagasan ini semakin bermasalah Metz telah blah dan join pula puak-puak yang cuba menggunapakai teori psikoanalis bagi menilai sesebuah karya filem.

Dan kadangakala teori-teori ini bukan sahaja digunakan untuk menilai sesebuah karya filem itu sahaja tetapi juga telah terkeluar dari ruang lingkup filem itu. Ini secara tidak langsung menjahanamkan keistimewaan filem sebagai filem (film as film).

Tetapi jangan salah sangka, aku bukan anti teori. Atau aku bukan seseorang yang menolak teori.
Ini semua ilmu. Ilmu pengajian filem. Dan ianya berbaloi untuk dipelajari. Berguna sewaktu sedang membuat apresiasi,penilaian, kritikan dan interpretasi bagi sesebuah karya filem yang telah siap sebagai produk akhir. Baru nampak belajar. Baru nampak masuk sekolah. Baru nampak kesarjanaan. Baru orang dengar kau bercakap tentang filem dengan ilmu. Boo hoo...

oh kat atas semua provokasi...aku pengganut kognitif...yang lain, just go to hell...hahaha...


***

Celik mata sehari dua ni asyik fikirkan tentang skrip. Ada skrip yang ingin dihantar kepada mana-mana produser yang mahukan skrip, dan ada skrip yang aku tulis untuk bertanding dalam pertandingan skrip untuk FINAS.

Isk. Kenapalah idea macam tak mahu turun. Dah berbotol Jack D, tetapi dalam kepala yang ada hanya semak. Idea kalau ada adalah idea filem orang lain yang aku boleh gubah sikit-sikit. But, hell no, aku tak mahu buat filem yang tiru idea orang lain...kemudian bagi orang impress kononnya itu idea aku, walhal idea itu idea basi dari Oliver Stone atau Quentin Tarantino, atau Lynch tetapi bila gubah sikit-sikit, buat filem pendek ...Walah, dapat kasi satu Pancha Delima rasa kagum...semua macam nak terpancut air mani bila menonton..what the hell?

Tetapi itulah, peniruan adalah satu langkah awal untuk menghasilkan idea-idea yang hebat.Mau cari satu identiti harus tiru identiti yang sedia ada. Tiru orang hebat rasanya tak salah..

.ok, boleh bahas. Persoalan aku tinggalkan kat sini.

***

Esok ada interview dengan Radio Ipoh. Ntah apalah yang aku nak sembangkan. hurm....

Friday, January 22, 2010

Aku 1.1

Muka surat baru telah bermula. Aku akan menghabiskan 6 bulan pada tahun ini dengan menghadap PC. Menulis dan menulis. Dan aku seronok dengan situasi sekarang. Cuma tengah cuba memanaskan jari untuk mendera keyboard wireless brand ACER yang menanti seperti si gadis menanti suami di malam pertama untuk digomoli oleh jemari aku.

Sebut tentang jari.

"Uuh, bangkit jemari ku, dimana kehebatan mu dulu?"

Dahulu ramai gadis-gadis yang memuji kehebatan jemariku ku yang tirus di hujung namun bunting gebu di tengah. Ouch, Sudah tentu kehebatan itu bukan untuk keyboard. Tapi itu dulu. 3-4 tahun yang lalu. Cerita lama.

Sekarang bukan sahaja aku terpaksa deal dengan jari jemari aku yang dah kematu ini, malahan dengan kepala otak aku yang entah kenapa seperti membeku.

Ini paling bahaya, sudah agak lama aku didalam keadaan tersumbat begini.Mungkin aku perlu lebih... lebih... lebih ...

lebih apa aku tak tahu. Harap ada sesiapa di langit yang turun memberi ilham.

Pathetic.

Rasanya aku sudah patut untuk membuat jadual peribadi aku supaya masa tidak terbuang sia-sia. Banyak perkara yang aku hendak lakukan sehingga rasanya 24 jam itu tidak cukup. Mungkin aku boleh mulakan dengan menulis perkara-perkara yang remeh dahulu...contohnya ya, seperti menulis blog ni.

Di mana aku akan bercerita tentang aku. Tentang diri aku. Tentang apa yang pernah berlaku dalam hidup aku. Dan tentang orang-orang, binatang-binatang, pokok-pokok, dan segala benda yang ada di dalam dunia ini yang memberi kesan dan ada hubung kait dengan diri aku.

Ah semak. Macam tompok-tompok awan. Berselerak apa yang sedang aku fikirkan sekarang ini. Jika kamu baca apa yang aku tulis dari atas ke bawah ini sudah pasti kamu akan nampak bahawa apa yang aku tulis ini seperti tiada kena mengena tetapi inilah keadaan aku sekarang, refleksi apa yang ada di dalam kepala aku. Aku sedang memikirkan sesuatu tetapi mungkin kerana terlalu banyak benda yang aku fikirkan sehingga aku tidak mampu untuk mengeluarkannya walau satu apapun secara jelas.

Celaka.

Sudah sampai waktunya untuk aku memegang tetikus dan mengklik menu publish post.

Damn, aku rindu Bakaran Kata, aku rindu Hemlock Sechewen