Wednesday, July 25, 2012

Dia Illuminati ku.

Sedar tidak sedar, tup tap tup tap... tahu-tahu sudah Ramadhan balik. Aku rasa baru sahaja Ramadhan tahun lepas. Entah, mungkin dalam tempoh masa setahun ini... masa bagi aku tidak menentu, dan bergerak terlalu cepat tanpa memperdulikan aku.

Pendek kata, aku memang sudah ketinggalan. Bukan sahaja dari segi masa. Tapi ketinggalan dari setiap aspek. Setiap segi. Ketinggalan dari banyak bab. Serba serbi. Dan aku masih berani buat tidak tahu dengan situasi yang kritikal ini. Sebenarnya bukan aku dengan sengaja mengambil sikap empati terhadap situasi ini. Tapi fuck! apa yang aku boleh buat selain dari cuba kejar secara perlahan-lahan 'masa' yang semakin pantas meninggalkan aku.

4 tahun aku merancang dan cuba meng-kotak-kan masa depan aku terhadap satu titik penghujung. Kesemua segala usaha dan kudrat dicurahkan dan difokuskan terhadap sasaran tersebut. Namun, manusia merancang, dan Tuhan ketawakan. Apa yang dirancang oleh aku bertahun-tahun kaput!. Boom. Nada!. Bersepai macam 'kiamat' sehingga tiada habuk atau zarah harapan yang boleh diperjuangkan agar harapan itu 'hidup' kembali.

Setelah segalanya hilang musnah dan terpadam...


Aku terperusuk dalam situasi 'gelap'. Bangun, bernafas, berjalan dan tidur dalam keadaan yang 'sakit'. Sakit terhadap kenyataan bahawa apa yang aku usahakan selama ini dihancurkan dengan begitu 'ridiculous' dan tidak 'waras'. Ianya sangat kejam dan tiada kelojikan. Seperti 'undead' atau 'zombi', jasad aku merewang sehari-hari mencari ruang makna eksistensial aku yang semakin pudar di usia menjangkau 30-an ini.




Aku kembali melihat hidup ini dari kacamata seorang nihilist. Mula kembali menceduk idea-idea 'gerhana' Nietzsche dalam kehidupan yang mengatakan bahawa 'hidup ini tiada apa-apa makna' tiada apa-apa yang patut dijadikan sandaran dan harapan. Kerana segalanya, baik harapan dan kehidupan itu sendiri hanyalah ilusi dan ianya akan hancur dan ranap juga akhirnya.


Akhirnya aku faham. Dalam hidup ini, tiada apa yang dipanggil 'waras' kerana kewarasan itu punca kekecewaan. Apa yang berlaku kepada hidup aku adalah kerana aku mahu merancang dan memiliki, dan akhirnya aku kecewa kerana ianya tidak berlaku seperti mana yang aku harapkan. Aku mendapat pengajaran secara teruk, tetapi ianya telah 'mencerahkan' pemahaman aku tentang konsep kehidupan manusia yang penuh dengan hipokrit dan selfishness. Dengan menerima bahawa hidup ini tiada apa-apa, dan manusia itu adalah spesis yang tidak jujur (jangan ambil ayat ini secara negatif, semua manusia perlu hipokrit dan tidka jujur kerana kita manusia 'semua'nya MENIPU , termasuk diri aku ), aku mulakan hidup baru dengan senyuman di bibir. Dan pastinya situasi yang gagal menyebabkan aku terbunuh ini, menjadikan aku lebih kuat.

Hidup ini seperti yang aku duga, ibarat roller coaster, atau, Marry Go Round, atau macam rim basikal arwah atuk kita. Ianya berputar dan sentiasa berputar. Aku tidak selamanya di bawah, dan sekarang aku rasa aku sudah mula berganjak ke sudut 45 darjah dari tititk bawah. Walau ianya tidak sampai 360 darjah lagi. Ianya adalah satu perubahan yang cukup positif.

Dan ianya adalah disebabkan Dia. Aku akan menulis tentang dia di entri aku yang lain. Dia ibarat 'illuminati' yang memainkan peranan meng-enlightenment-kan  eropah dalam era 'dark ages'. Walaupun secara kasarnya kosep-konsep hidup aku masih terpacak degan kuat. Sekurang-kurangnya dia telah membawa musim panas untuk diri aku. Sekurang-kurangnya senyuman di bibir aku, semakin 'genuine'...












Friday, April 6, 2012

TRANSISI AUTOMATIS.

Kadang-kadang kau fikir kau mampu mengawal rentak lajak pergerakan hidup kau. Ianya ibarat kau menggunakan 'gear' manual, mengawal dengan penuh kesedaran di tahap kelajuan mana ianya perlu ditukar/ditukarkan.

Tapi,

Kebanyakkan masanya, merujuk kepada analogi 'gear' dan 'kelajuan' di atas, bagi kes aku, ianya berlaku secara 'automatik'.

dan ya, aku harung perjalanan sukar, menurun lurah curam tanpa tar, yang bila-bila masa aku boleh menjunam ke gaung, tanpa kawalan, beberapa bulan lepas.... dan ianya membawa aku balik ke satu titik mula di lokasi lama namun dalam suasana yang berbeza.

Aku kembali ke tempat asal dimana aku tanamkan mimpi-mimpi satu ketika dahulu, yang setengah daripadanya sudah 'berkubur', namun setengahnya yang lain telah membawa aku ke satu tahap yang berbeza. Aku kini bertukar dari 'pelajar' kepada 'pengajar' untuk perkara-perkara yang aku cinta , tidak lain dan bukan, filem dan proses pembikinannya.

Walaupun posisi, ini bukanlah satu posisi yang kekal (buat masa ini). Namun, jika dinilai betapa gelitanya keadaan hidup aku pada period akhir 2011dan awal 2012 dahulu, sekurang-kurangnya hari ini, aku sudah nampak kembali 'jalan' alternatif yang mungkin boleh aku pilih.

Orang kata hidup ini ibarat roda, sekejap kau di atas, dan sekejap masa yang lain kau di bawah, dan bagi sesetengah kes yang amat familiar dengan keadaan aku, kebanyakkan masanya aku di bawah (mungkin roda hidup aku selalu pancit), sekarang gear transisi auto aku berada di tahap 4 yang perjalanannya semakin lancar. Aku harap kali ini biarlah lama sedikit roda ini berputar.

Walau begitu, aku rasa sedikit kesal, di waktu aku 'hilang arah' dan meminta suaka takdir di Ipoh dahulu, aku tidak benar-benar mengenalinya. Sekarang berkembang rindu entah dari mana pada bandar tersebut. Aku pernah tidak mempunyai apa-apa komitmen pada sistem kehidupan dan masa yang terluang yang diperuntukkan kepada aku itu ... aku hanya gunakan untuk hanya terperap di rumah, dan berkonfrontasi dengan takdir di dalam hati.

Mungkin pengalaman ini mengajar aku bahwa, aku harus, selepas ini meraikan kehidupan aku, walau sesukar manapun keadaan tersebut. Agar selepas ini akutidak lagi terlepas mana-mana momen yang mungkin selepas ini aku hanya akan dapat dinikmatinya setelah berusia 60 tahun.

End.


.