Friday, April 6, 2012

TRANSISI AUTOMATIS.

Kadang-kadang kau fikir kau mampu mengawal rentak lajak pergerakan hidup kau. Ianya ibarat kau menggunakan 'gear' manual, mengawal dengan penuh kesedaran di tahap kelajuan mana ianya perlu ditukar/ditukarkan.

Tapi,

Kebanyakkan masanya, merujuk kepada analogi 'gear' dan 'kelajuan' di atas, bagi kes aku, ianya berlaku secara 'automatik'.

dan ya, aku harung perjalanan sukar, menurun lurah curam tanpa tar, yang bila-bila masa aku boleh menjunam ke gaung, tanpa kawalan, beberapa bulan lepas.... dan ianya membawa aku balik ke satu titik mula di lokasi lama namun dalam suasana yang berbeza.

Aku kembali ke tempat asal dimana aku tanamkan mimpi-mimpi satu ketika dahulu, yang setengah daripadanya sudah 'berkubur', namun setengahnya yang lain telah membawa aku ke satu tahap yang berbeza. Aku kini bertukar dari 'pelajar' kepada 'pengajar' untuk perkara-perkara yang aku cinta , tidak lain dan bukan, filem dan proses pembikinannya.

Walaupun posisi, ini bukanlah satu posisi yang kekal (buat masa ini). Namun, jika dinilai betapa gelitanya keadaan hidup aku pada period akhir 2011dan awal 2012 dahulu, sekurang-kurangnya hari ini, aku sudah nampak kembali 'jalan' alternatif yang mungkin boleh aku pilih.

Orang kata hidup ini ibarat roda, sekejap kau di atas, dan sekejap masa yang lain kau di bawah, dan bagi sesetengah kes yang amat familiar dengan keadaan aku, kebanyakkan masanya aku di bawah (mungkin roda hidup aku selalu pancit), sekarang gear transisi auto aku berada di tahap 4 yang perjalanannya semakin lancar. Aku harap kali ini biarlah lama sedikit roda ini berputar.

Walau begitu, aku rasa sedikit kesal, di waktu aku 'hilang arah' dan meminta suaka takdir di Ipoh dahulu, aku tidak benar-benar mengenalinya. Sekarang berkembang rindu entah dari mana pada bandar tersebut. Aku pernah tidak mempunyai apa-apa komitmen pada sistem kehidupan dan masa yang terluang yang diperuntukkan kepada aku itu ... aku hanya gunakan untuk hanya terperap di rumah, dan berkonfrontasi dengan takdir di dalam hati.

Mungkin pengalaman ini mengajar aku bahwa, aku harus, selepas ini meraikan kehidupan aku, walau sesukar manapun keadaan tersebut. Agar selepas ini akutidak lagi terlepas mana-mana momen yang mungkin selepas ini aku hanya akan dapat dinikmatinya setelah berusia 60 tahun.

End.


.