Monday, October 31, 2011

Welcome to the Jungle.

Manusia ini binatang sosial.

Ini terjemahan terus dari Aristotle. Walau aku tak bersetuju dengan perkataan binatang itu. Sangat condong ke arah 'Darwinism'. Tapi abaikan. Yang aku nak tekankan di sini adalah manusia ini perlu bersosial. Perlu berkawan-kawan.

Dan aku, secara teknikalnya bukanlah seorang yang gemar bersosial (kalau ikutkan Aristotle, aku bukan binatang haha), namun tidaklah pula sampai 'anti-sosial'. Walaupun ayat tadi agak oksimoron bunyinya, memang betul, aku bukan anti-sosial, aku masih punya lingkungan kawan-kawan rapat yang tidak sampai sepuluh orang. Dan mereka ini, menyelamatkan aku dari digelar anti-sosial.

Psikososial mungkin. Haha.

Kebelakangan ini, hidup aku sunyi sikit. Aku tengah berurusan dengan karma buruk aku. Ok, aku tahu aku pernah buat orang kecewa dengan tindakan aku, tapi arghhh...sial lah, bukan masa ni patutnya roda tu berpusing. Damn. Boleh tak aku tangguh pembalasan ini?

Sekarang kesunyian dan pecah hati, aku perlu tampal-tampalnya dengan hilauan ketawa manusia-manusia di sekeliling aku. Entah dari mana, tiba-tiba ada manusia-manusia yang dahulunya tidak pernah aku sangka akan ambil tahu tentang diri aku, Nah! terpacul di depan pintu ( pintu itu metafora bukan literal). Memberi sokongan dan kata-kata manis sebagai gula-gula untuk aku yang berhadapan dengan kepahitan karma itu.

Yeah, aku mula bergaul. 'Hi' tidak lekang dari mulut aku. Dunia ini dipenuhi oleh 'binatang-binatang sosial yang lain'. Dan aku perlu mula berkomplot dengan mereka.

Dan rasanya, hidup aku akan jadi 'safari' selepas ini.