Monday, October 24, 2011

Everybody's Changing and Everybody Lies.

Aku mempunyai satu masalah apabila berlaku sesuatu 'perubahan' dalam hidup aku lebih-lebih lagi jika ianya berlaku secara tiba-tiba tanpa aku bersedia menerima keadaan tersebut. Aku bukanlah seorang yang berstruktur atau bersistem. Tetapi, segala yang mengorbit di dalam kosmologi anarki kehidupan aku... mempunyai peranan dan signifikannya yang tersendiri.

Jika terjadi satu 'kehilangan' atau 'perubahan'. Aku akan mengambil masa yang agak lama untuk aku meng'defragmentasikan segala perkara yang menerima efek langsung dari perubahan tersebut. Sistem hidup aku yang pada dasarnya tidak terkawal itu mula menghentam sama sendiri dan kerosakan yang berlaku bertambah celaka.

Kerusuhan dan kegilaan, secara literal atau tidak... berlaku dalam diri aku.

Dan ianya bukan mudah. Masa, tenaga dan paling aku benci...duit (memandangkan sumber yang ini paling terhad)... terpaksa digunakan untuk tujuan membaik pulih.

Dan meminjam kata Dr. House, ianya adalah satu 'tragedi agung' bagi aku memandangkan 'kehidupan ini memang pastinya akan berlaku perubahan'.

Dan ianya lebih perit apabila yang berubah itu bukan 'benda'. Tapi 'manusia'... dan usaha yang perlu dilakukan untuk menyelenggara kehancuran itu bukan sekadar 'memperbaiki', malahan 'melupakan' dan mungkin juga membuat keputusan untuk 'meninggalkan'...

Saat ini, aku terngiang-ngiang suara Tom Chaplin yang seakan bersimpati dengan aku;

*So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same....

Dan benar...

Setiap pagi , bila aku buka mata, perasaannya sudah tidak sama. Di segenap penjuru shelter murah aku ini dipenuhi dengan pelbagai tinggalan sentimental. Dan perasaan ini sangat bangsat...sangat celaka...

Sehingga aku menaip ini, aku masih menunggu kekuatan untuk memulakan kerja-kerja 'penyimpanan' barang-barang dan segala tinggalan dari'nya' untuk aku.

Dan aku akan mulakan dengan frame gambar yang terletak di sebelah PC aku ini.

Kalaulah perubahan ini tidak berlaku.