Monday, March 14, 2011

12 hingga 12.

Hari ini aku bangun agak lewat. Pukul 12 tengah hari. Bangun dan aku menyumpah diri kerana aku kesiangan. Seperti biasa, cadangnya sebelum tidur aku mahu bangun awal. Ada perkara-perkara yang melibatkan kertas yang perlu aku selesaikan. Perlu fotostat dan kemudian perlu dapatkan cop dan tanda tangan dari mana-mana pegawai kerajaan Gred A.

Ini memang kerja renyah. Tapi ini adalah inisiatif aku untuk keluar dari kepompong penduduk miskin tegar Malaysia. Aku perlu dapatkan kerja di sebuah badan yang menyelia aktiviti perfileman di Malaysia.

Belum tentu aku dapat. Tapi lebih baik mencuba. Dan fuck yeah, aku punya kelulusan dan pengetahuan yang aku tahu aku memang patut dapat jawatan kerja tersebut.

Aku kejut Y yang aku tahu masih tidur, kemudiannya terus bergegas mandi dan bersiap. Keluar rumah cuaca agak mendung dan suram. Hidupkan enjin kereta, Aku nampak titisan air mula membentuk titik-titik kecil di cermin hadapan kereta.

yes. Hujan.

Dalam kekalutan hujan, aku hanya sempat untuk fotostat kertas-kertas aku sahaja. Kemudian aku dan Y menuju ke The Curve untuk makan dan berlibur.

*
Di Curve, aku dan Y bertelagah tempat makan. Aku nak ke situ dan Y nak ke sinun. Akhirnya dua-dua end up berhenti di hadapan Manhattan. Oleh itu, makanan tengah hari kami adalah Manhattan.

Grill Platters.

Ok lah.

*

2 Jam aku habiskan masa di bilik karaoke selepas tiada filem yang menarik untuk ditonton.

*
Malamnya aku dan Y ditemani sepasang couple, minum minum di Laundry.

Sampai rumah dalam pukul 12.00 tengah malam.

*

Pegang kibod. Dan mulakan kerja.


Saturday, March 12, 2011

Membela Kehancuran.

Aku sedang menguruskan hidup aku yang pada dasarnya tenang namun di permukaannya tsunami menggila. Kaios.

Kosmologi kehidupan aku tidak berada di lingkaran orbit yang sepatutnya. Segala yang mengeliling aku saling bertembung dan menghentam diantara satu sama lain.

Setapak demi setapak aku melangkah ke arah kehancuran mimpi aku sendiri.

Melihat kawan-kawan aku menginjak ke alam yang lebih dewasa. Aku tertawa, dunia yang bertaring sedang menggigit mereka perlahan-lahan. Mereka sedang mengikat kontrak yang akan menyebabkan rambut gugur dan pertambahan lemak di lilitan pinggang. Aku terasa lebih muda, dari mereka, tanpa komitmen yang memerlukan aku fikir 24/7.

Namun aku silap. Jika dunia yang bertaring itu sedang menggigit mereka, dunia yang bertaring itu juga sedang meludah aku. Aku jadi terasing. Aku ditinggalkan oleh masa yang pantas mendukung mereka tapi mencicirkan aku.

Semua di dunia ini menderita. Bezanya, aku masih bergelut dengan eksistensi diri aku.

Wednesday, March 9, 2011

#1

Aku berubah menjadi nokturnal. Malam berjaga dan siangnya berjaga separuh hari. Biasanya di sebelah petang. Malam aku akan menulis. Sepanjang malam. Sehingga aku terdengar azan subuh. Ironinya, azan subuh menandakan sudah sampai waktunya aku tidur.

Hampir 2 minggu aku berhenti kerja dan menumpukan perhatian kepada menulis. Buat masa ini, aku hanya cukup untuk hidup dengan bayaran tidak sampai 1K sebulan. Aku akan berusaha untuk bekerja dengan lebih keras. Disiplinkan diri aku untuk patuh menulis mengikut waktu yang aku sendiri jadualkan. 8 jam sehari.

Dan celakanya, aku masih terkial-kial.

Dalam perkembangan yang lain, Y, makin sukses dengan kerjanya. Menjadi pembantu produser dan direktor untuk department dokumentari sebuah stesen TV. Bagusnya, dia menyokong tindakan aku untuk berhenti kerja. Katanya 9-5 bukanlah satu idea yang baik untuk orang seperti aku.

Aku perlu dibiarkan bebas. Dia percaya aku boleh hasilkan sebuah karya yang bagus. Aku hanya perlukan masa.

Aku sedang dalam proses menghasilkan 3 buah skrip telemovie. Untuk dihantar kepada produksi mana... masih lagi aku belum tahu. Aku cuba hantar kepada beberapa produser yang aku kira boleh aku percaya. Mungkin dalam tempoh masa 3 minggu dari sekarang.

Aku perlu cepat, aku ada gaya hidup dan orang yang perlu aku tanggung budinya. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Tuesday, March 1, 2011

Wiski Soda Rok n Rol.

Aku baru menghentikan diri aku dari kerja. Di waktu kadar pengangguran begitu tinggi, aku buang kerja 9 - 5 aku semata-mata kerana aku gagal mendapat kepuasan melakukan sesuatu. Mungkin aku akan menyesal dengan tindakan aku selang 3 atau 4 minggu dari sekarang. Atau mungkin aku akan bersorak kerana aku dapat capai sesuatu yang aku buru dari tindakan 'gila' aku ini.

Apapun yang berlaku, aku berpegang pada satu perkara, lakukan apa yang aku mahu sebaik-baiknya.

Iaitu menulis.