Wednesday, July 25, 2012

Dia Illuminati ku.

Sedar tidak sedar, tup tap tup tap... tahu-tahu sudah Ramadhan balik. Aku rasa baru sahaja Ramadhan tahun lepas. Entah, mungkin dalam tempoh masa setahun ini... masa bagi aku tidak menentu, dan bergerak terlalu cepat tanpa memperdulikan aku.

Pendek kata, aku memang sudah ketinggalan. Bukan sahaja dari segi masa. Tapi ketinggalan dari setiap aspek. Setiap segi. Ketinggalan dari banyak bab. Serba serbi. Dan aku masih berani buat tidak tahu dengan situasi yang kritikal ini. Sebenarnya bukan aku dengan sengaja mengambil sikap empati terhadap situasi ini. Tapi fuck! apa yang aku boleh buat selain dari cuba kejar secara perlahan-lahan 'masa' yang semakin pantas meninggalkan aku.

4 tahun aku merancang dan cuba meng-kotak-kan masa depan aku terhadap satu titik penghujung. Kesemua segala usaha dan kudrat dicurahkan dan difokuskan terhadap sasaran tersebut. Namun, manusia merancang, dan Tuhan ketawakan. Apa yang dirancang oleh aku bertahun-tahun kaput!. Boom. Nada!. Bersepai macam 'kiamat' sehingga tiada habuk atau zarah harapan yang boleh diperjuangkan agar harapan itu 'hidup' kembali.

Setelah segalanya hilang musnah dan terpadam...


Aku terperusuk dalam situasi 'gelap'. Bangun, bernafas, berjalan dan tidur dalam keadaan yang 'sakit'. Sakit terhadap kenyataan bahawa apa yang aku usahakan selama ini dihancurkan dengan begitu 'ridiculous' dan tidak 'waras'. Ianya sangat kejam dan tiada kelojikan. Seperti 'undead' atau 'zombi', jasad aku merewang sehari-hari mencari ruang makna eksistensial aku yang semakin pudar di usia menjangkau 30-an ini.




Aku kembali melihat hidup ini dari kacamata seorang nihilist. Mula kembali menceduk idea-idea 'gerhana' Nietzsche dalam kehidupan yang mengatakan bahawa 'hidup ini tiada apa-apa makna' tiada apa-apa yang patut dijadikan sandaran dan harapan. Kerana segalanya, baik harapan dan kehidupan itu sendiri hanyalah ilusi dan ianya akan hancur dan ranap juga akhirnya.


Akhirnya aku faham. Dalam hidup ini, tiada apa yang dipanggil 'waras' kerana kewarasan itu punca kekecewaan. Apa yang berlaku kepada hidup aku adalah kerana aku mahu merancang dan memiliki, dan akhirnya aku kecewa kerana ianya tidak berlaku seperti mana yang aku harapkan. Aku mendapat pengajaran secara teruk, tetapi ianya telah 'mencerahkan' pemahaman aku tentang konsep kehidupan manusia yang penuh dengan hipokrit dan selfishness. Dengan menerima bahawa hidup ini tiada apa-apa, dan manusia itu adalah spesis yang tidak jujur (jangan ambil ayat ini secara negatif, semua manusia perlu hipokrit dan tidka jujur kerana kita manusia 'semua'nya MENIPU , termasuk diri aku ), aku mulakan hidup baru dengan senyuman di bibir. Dan pastinya situasi yang gagal menyebabkan aku terbunuh ini, menjadikan aku lebih kuat.

Hidup ini seperti yang aku duga, ibarat roller coaster, atau, Marry Go Round, atau macam rim basikal arwah atuk kita. Ianya berputar dan sentiasa berputar. Aku tidak selamanya di bawah, dan sekarang aku rasa aku sudah mula berganjak ke sudut 45 darjah dari tititk bawah. Walau ianya tidak sampai 360 darjah lagi. Ianya adalah satu perubahan yang cukup positif.

Dan ianya adalah disebabkan Dia. Aku akan menulis tentang dia di entri aku yang lain. Dia ibarat 'illuminati' yang memainkan peranan meng-enlightenment-kan  eropah dalam era 'dark ages'. Walaupun secara kasarnya kosep-konsep hidup aku masih terpacak degan kuat. Sekurang-kurangnya dia telah membawa musim panas untuk diri aku. Sekurang-kurangnya senyuman di bibir aku, semakin 'genuine'...












Friday, April 6, 2012

TRANSISI AUTOMATIS.

Kadang-kadang kau fikir kau mampu mengawal rentak lajak pergerakan hidup kau. Ianya ibarat kau menggunakan 'gear' manual, mengawal dengan penuh kesedaran di tahap kelajuan mana ianya perlu ditukar/ditukarkan.

Tapi,

Kebanyakkan masanya, merujuk kepada analogi 'gear' dan 'kelajuan' di atas, bagi kes aku, ianya berlaku secara 'automatik'.

dan ya, aku harung perjalanan sukar, menurun lurah curam tanpa tar, yang bila-bila masa aku boleh menjunam ke gaung, tanpa kawalan, beberapa bulan lepas.... dan ianya membawa aku balik ke satu titik mula di lokasi lama namun dalam suasana yang berbeza.

Aku kembali ke tempat asal dimana aku tanamkan mimpi-mimpi satu ketika dahulu, yang setengah daripadanya sudah 'berkubur', namun setengahnya yang lain telah membawa aku ke satu tahap yang berbeza. Aku kini bertukar dari 'pelajar' kepada 'pengajar' untuk perkara-perkara yang aku cinta , tidak lain dan bukan, filem dan proses pembikinannya.

Walaupun posisi, ini bukanlah satu posisi yang kekal (buat masa ini). Namun, jika dinilai betapa gelitanya keadaan hidup aku pada period akhir 2011dan awal 2012 dahulu, sekurang-kurangnya hari ini, aku sudah nampak kembali 'jalan' alternatif yang mungkin boleh aku pilih.

Orang kata hidup ini ibarat roda, sekejap kau di atas, dan sekejap masa yang lain kau di bawah, dan bagi sesetengah kes yang amat familiar dengan keadaan aku, kebanyakkan masanya aku di bawah (mungkin roda hidup aku selalu pancit), sekarang gear transisi auto aku berada di tahap 4 yang perjalanannya semakin lancar. Aku harap kali ini biarlah lama sedikit roda ini berputar.

Walau begitu, aku rasa sedikit kesal, di waktu aku 'hilang arah' dan meminta suaka takdir di Ipoh dahulu, aku tidak benar-benar mengenalinya. Sekarang berkembang rindu entah dari mana pada bandar tersebut. Aku pernah tidak mempunyai apa-apa komitmen pada sistem kehidupan dan masa yang terluang yang diperuntukkan kepada aku itu ... aku hanya gunakan untuk hanya terperap di rumah, dan berkonfrontasi dengan takdir di dalam hati.

Mungkin pengalaman ini mengajar aku bahwa, aku harus, selepas ini meraikan kehidupan aku, walau sesukar manapun keadaan tersebut. Agar selepas ini akutidak lagi terlepas mana-mana momen yang mungkin selepas ini aku hanya akan dapat dinikmatinya setelah berusia 60 tahun.

End.


.

Monday, October 31, 2011

Welcome to the Jungle.

Manusia ini binatang sosial.

Ini terjemahan terus dari Aristotle. Walau aku tak bersetuju dengan perkataan binatang itu. Sangat condong ke arah 'Darwinism'. Tapi abaikan. Yang aku nak tekankan di sini adalah manusia ini perlu bersosial. Perlu berkawan-kawan.

Dan aku, secara teknikalnya bukanlah seorang yang gemar bersosial (kalau ikutkan Aristotle, aku bukan binatang haha), namun tidaklah pula sampai 'anti-sosial'. Walaupun ayat tadi agak oksimoron bunyinya, memang betul, aku bukan anti-sosial, aku masih punya lingkungan kawan-kawan rapat yang tidak sampai sepuluh orang. Dan mereka ini, menyelamatkan aku dari digelar anti-sosial.

Psikososial mungkin. Haha.

Kebelakangan ini, hidup aku sunyi sikit. Aku tengah berurusan dengan karma buruk aku. Ok, aku tahu aku pernah buat orang kecewa dengan tindakan aku, tapi arghhh...sial lah, bukan masa ni patutnya roda tu berpusing. Damn. Boleh tak aku tangguh pembalasan ini?

Sekarang kesunyian dan pecah hati, aku perlu tampal-tampalnya dengan hilauan ketawa manusia-manusia di sekeliling aku. Entah dari mana, tiba-tiba ada manusia-manusia yang dahulunya tidak pernah aku sangka akan ambil tahu tentang diri aku, Nah! terpacul di depan pintu ( pintu itu metafora bukan literal). Memberi sokongan dan kata-kata manis sebagai gula-gula untuk aku yang berhadapan dengan kepahitan karma itu.

Yeah, aku mula bergaul. 'Hi' tidak lekang dari mulut aku. Dunia ini dipenuhi oleh 'binatang-binatang sosial yang lain'. Dan aku perlu mula berkomplot dengan mereka.

Dan rasanya, hidup aku akan jadi 'safari' selepas ini.






Sunday, October 30, 2011

Kolesterol Memang Mala-Fide.

Bingkai cermin mata aku ini lately macam memberi masalah kepada aku. Bingkai besar plastik, buatan China (bukan Italy) rasanya sudah tidak kena dengan aku. Ianya membuatkan muka aku nampak tidak cool. Entah, satu masa dulu aku rasa aku cool gila dengan cermin mata aku yang satu ini. Pseudo intelektual, kuasi sinefelik, writer wannabe, Jean Paul Sartre.

Celaka. Sekarang ianya membuatkan aku seperti apek yang menunggu masa untuk dikuburkan dan gambarnya digantung untuk di kow tow oleh anak cucu. Dengan rambut pendek sikat tepi yang juga celaka. Ianya sangat jauh dari perkataan 'cool' tersebut. I'm totally fucked.

Aku mula intai-intai bingkai cermin mata yang baru. Mungkin pilihan aku kali ini yang lo-fi, tak memberi mesej dan imej -' Ares-gila-babi-punya-art' lagi. Aku capai beberapa bingkai made in Italy di kedai cermin mata di Plaza Alam Sentral sambil diperhatikan dengan penuh prejudis dan mala-fide oleh pekerja kedai tersebut memandangkan harga setiap satunya agak mengcekik.

Sial la, ingat melayu dengan jeans koyak macam aku ni takde duit ke? Seluar koyak ni pun dari DeBenHam la topui.

Aku buat tak reti. Dah biasa dengan pandangan macam tu. pfft. Aku cuba beberapa bingkai, dan melihatnya di cermin. Semuanya tak kena. Tak masuk dengan muka aku. Tak tahulah kenapa. Aku mengeluh.

"Takde design lain yang lagi elok ke?"

Pekerja kedai yang mukanya macam tak sober dari ecstasy lepas feng tau semalam tengok aku dengan muka yang... ya, prejudis dan mala fide seperti tadinya.

" Bukan design la bos, you ada itu double chin maa...pipi you tembam... mana kena pakai frame ini macam maa..."

Aku speechless.

Babi.

Aku letak frame terus belah dari kedai. Bukan salah bingkai. Aku salahkan Heinekken sekarang ni. cis.


p/s- Opinions are like assholes... Everyone's got one, and they stink - Brandi Kangiser




Saturday, October 29, 2011

Boring lor.

Dunia ini dipenuhi dengan manusia-manusia yang membosankan kata Bukowski... Charles Bukowski.

Aku setuju pada pemabuk itu. Mereka (baca : manusia-manusia bosan) hidup dalam 'kehidupan orang lain'. Kerja untuk orang lain, makan untuk orang lain, bertahi untuk orang lain, serta mungkin...bersenggama untuk orang lain.

Mereka membosankan aku dengan topik 'rim' kereta baru mereka, BMW 3 Series, Honda Civic, Income tax, minyak lintah, awek bra saiz D, tender kerajaan dan berapa ramai 'kabel' yang boleh disuap makan... kemudiannya, cerita berubah kepada duit, duit, duit dan duit.

Sesekali terdengar nama Maria Ozawa dan bila aku cuba mencelah dengan Sasha Grey, mereka senyap.

Perkara-perkara popular itu tidak salah, tetapi yang salah adalah pemikiran dan taste. Ianya membosankan. Maria Ozawa itu sangat 05. Dan dia hanya permainan. Mangsa dua sistem. Kapitalis dan patriarki.

Lagipun kebanyakkan filem-filemnya bertaraf 'x'. Apakah punya rendah citarasa melihat aksi bermosaic. Damn.

Sasha Grey. Dia lain. Pornstar yang meminati hasil kerja Jean Luc Godard pastinya bukan pornstar biasa.

Berbalik kepada manusia-manusia bosan itu tadi, aku tersenyum. Biarpun kelihatannya mereka selesa dalam lingkungan kehidupan mereka yang superfisial itu. Aku terdengar keluhan.

kad kredit, ansuran kereta, loan bank, susu anak...

dan yang paling ngeri, telefon berdering bila jam cecah pukul 11.30 malam.

" bini aku call suruh balik."

Damn.

Hidup begitu bukan hidup bagi aku.



Tuesday, October 25, 2011

Apa Yang Tertinggal?

Kau tidak akan tahu bila perkara yang celaka akan berlaku. Kau senyum sekarang dan mungkin sejam lagi kau akan menangis dan tergolek anjing di dalam bilik kau apabila takdir itu datang dalam bentuk telegram dari Tuhan untuk menyedarkan betapa selama ini kau rasa sesuatu keadaan itu akan kekal selama-lamanya seperti yang kau harapkan.

'Bam!!!'

Tiba-tiba segalanya berubah.

Ini yang aku alami sekarang. Aku keliru, aku marah, aku sedih, dan pelbagai lagi perasaan seakan mixing lagu RnB dan Hip Hop yang dibuat oleh seorang DJ amatur di Laundry Bar. Segalanya bercampur baur dan bergumpal.

Beberapa fasa aku lalui dalam keadaan sengsara. Siri berkomunikasi satu hala dengan Tuhan. Bersandar dan memujuk hati pada puisi-puisi Charles Bukowski. Dan mengambil segala nasihat dari google sehinggalah rakan yang sober dari kemabukan sepanjang malam.

Semakin lama, aku yang tidak begitu religious ini terpaksa terima hakikat. Ada perkara-perkara yang aku tidak akan dapat perbaiki. Ianya, seperti aku cuba memperbaiki cermin yang pecah, cermin itu tidak akan kembali seperti asal dan kacanya akan melukakan aku.


Aku harap dan cuba sedaya upaya menjalani hari aku ini dengan tabah. Karier yang tiada, kewangan yang di bawah paras kemiskinan bandar, dan terbaru segala rasa cinta yang selama ini buat aku rasa bangga dan sekurang-kurangnya mempunyai satu poin kelebihan dari orang lain (yang punya karier dan wang)... akhirnya juga hilang.

Apa lagi yang tinggal untuk diri aku, sekarang?

yang tinggal...

Lelaki, 28 tahun, bersendirian, dengan 20 kilogram lemak lebih dari diperlukan meliliti badannya, sedang melawan dunia yang perlahan-lahan menelannya dalam satu pertandingan yang... berat sebelah.

Mungkin dia akan kalah.

Namun dia akan buktikan bahawa dia kalah... melawan.







Monday, October 24, 2011

Everybody's Changing and Everybody Lies.

Aku mempunyai satu masalah apabila berlaku sesuatu 'perubahan' dalam hidup aku lebih-lebih lagi jika ianya berlaku secara tiba-tiba tanpa aku bersedia menerima keadaan tersebut. Aku bukanlah seorang yang berstruktur atau bersistem. Tetapi, segala yang mengorbit di dalam kosmologi anarki kehidupan aku... mempunyai peranan dan signifikannya yang tersendiri.

Jika terjadi satu 'kehilangan' atau 'perubahan'. Aku akan mengambil masa yang agak lama untuk aku meng'defragmentasikan segala perkara yang menerima efek langsung dari perubahan tersebut. Sistem hidup aku yang pada dasarnya tidak terkawal itu mula menghentam sama sendiri dan kerosakan yang berlaku bertambah celaka.

Kerusuhan dan kegilaan, secara literal atau tidak... berlaku dalam diri aku.

Dan ianya bukan mudah. Masa, tenaga dan paling aku benci...duit (memandangkan sumber yang ini paling terhad)... terpaksa digunakan untuk tujuan membaik pulih.

Dan meminjam kata Dr. House, ianya adalah satu 'tragedi agung' bagi aku memandangkan 'kehidupan ini memang pastinya akan berlaku perubahan'.

Dan ianya lebih perit apabila yang berubah itu bukan 'benda'. Tapi 'manusia'... dan usaha yang perlu dilakukan untuk menyelenggara kehancuran itu bukan sekadar 'memperbaiki', malahan 'melupakan' dan mungkin juga membuat keputusan untuk 'meninggalkan'...

Saat ini, aku terngiang-ngiang suara Tom Chaplin yang seakan bersimpati dengan aku;

*So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same....

Dan benar...

Setiap pagi , bila aku buka mata, perasaannya sudah tidak sama. Di segenap penjuru shelter murah aku ini dipenuhi dengan pelbagai tinggalan sentimental. Dan perasaan ini sangat bangsat...sangat celaka...

Sehingga aku menaip ini, aku masih menunggu kekuatan untuk memulakan kerja-kerja 'penyimpanan' barang-barang dan segala tinggalan dari'nya' untuk aku.

Dan aku akan mulakan dengan frame gambar yang terletak di sebelah PC aku ini.

Kalaulah perubahan ini tidak berlaku.