Saturday, April 24, 2010

Prasedar

Sudah agak lama aku di dalam keadaan tersumbat dan tepu ini. Beberapa kali aku cuba untuk menulis tetapi apa yang aku keluarkan hanyalah sampah sarap dalam pemikiran aku. Penulisan yang tidak mempunyai soul, tiada feeling. Kalau berterusan begini mungkin aku perlu fikirkan kembali relevan atau tidak aku menggelar diri aku sebagai seorang penulis.

Ini kerana kerja seorang penulis adalah menulis dan kalau tidak menulis dan hanya termenung sahaja, baik aku gelarkan diri aku sebagai useless.

Bercadang untuk pulang ke rumah, ke kampung halaman aku untuk merehatkan otak aku yang berserabut ini. Masalah yang terbesar adalah aku tidak pasti apa yang aku serabutkan dalam kepala otak aku ini. Kekusutan yang tidak tahu punca pangkalnya.

Cuma kadang-kadang aku tidak tenteram dan tidak senang duduk. Ada sahaja yang tidak kena dimana-mana. Aku pasang TV dan berakhir dengan TV yang melihat aku. Aku turun ke kedai mamak bawah rumah aku tanpa sebab yang jelas dan betul kerana aku tidak lapar dan tidak juga dahaga, oleh itu apakah nerakanya aku ke kedai mamak tersebut?

Ini biasanya berakhir dengan kerugian dari sudut ekonomi aku yang sememangnya tidak stabil apabila aku terpaksa mengorder teh ais dan roti canai yang sebenarnya tidak diperlukan oleh aku dan tidak juga diperlukan oleh nafsu makan aku.

RM 1.60 untuk teh ais dan RM 1 untuk roti kosong bersamaan dengan RM2.60 duit aku yang sepatutnya aku harus gunakan dalam keadaan super bajet.

Tahi sungguh.

Dan yang paling biol adalah apabila aku mula lakukan kerja bodoh dengan menghidupkan enjin Wira ehsan Sang Kekasih dan mula merayap tanpa hala tuju. Bahan bakar yang digunakan untuk menggerakkan wira tersebut terbakar sia-sia. Aku menipiskan ozon dengan asapnya tanpa sebab. Dan yang paling bodoh adalah aku hanya merugikan RM20 untuk RON97 di Shell yang tidak memberi makna apa-apa selaind aku seperti mahu terasa sibuk dan melakukan sesuatu.

Aku semakin parah. Mungkin masanya untuk berehat tanpa memikirkan apa-apa.